merdeka rayaaa!!!!!

assalamualaikummm,kali nie sekolah kami mengadakan sambutan merdeka raya tau!harap2 korang bolehla rasakan kehangatan sambutan tu...jakkk!

arigato sbb cuci mata sila like@ komentar antum/antunna

aurat


arigato sbb cuci mata sila like@ komentar antum/antunna

faedahnya....


arigato sbb cuci mata sila like@ komentar antum/antunna

paNDUan menyambO0T haRI rayA aIDILfitri CARA suNNAH

AMALAN2 YG TLH DIajar OLEH RASULULLAH SAW sempena menyambut hari lebaran AIDILFITRI  INI..


1.    Bertakbir
2.   Lafaz ucapan selamat pada hari raya Aidilfitri 
3.   Meneruskan qiamullail
4.   Mandi pada pagi hari raya
5.   Makan sebelum solat Aidilfitri
6.   Memakai pakaian yang indah
7.   Berjalan kaki menuju tempat dikerjakan solat hari raya.
8.   Mengikuti jalan yang berbeza ketika pergi dan kembali dari mengerjakan solat hari raya
9.   Tempat perlaksanaan solat hari raya(Sunnah mengerjakan solat hari raya di kawasan lapang atau musholla )
10. Mengerjakan Solat Aidilfitri
11.  Bergembira Pada Hari Raya Aidilfitri
12. Mengerjakan Puasa Sunat Enam Hari Pada Bulan Syawal

arigato sbb cuci mata sila like@ komentar antum/antunna

SENAMr0bik 1 murid 1 SUkan 1 malaYSIA

PADA 10 julai 2012, tepat jam 8.00 pagi semua SekOLAH di SELuruh maLAYSIA TELAH mengADAKAN PRogram SENamarobik 1MURID 1 SUKAN 1 MALAYSIA secara serentak.

                                tempat: DEwan al-HUDA


arigato sbb cuci mata sila like@ komentar antum/antunna

jualaN...

haRi JUalan YE  di 1ST aVENUE...
JULY 18 2012

arigato sbb cuci mata sila like@ komentar antum/antunna

PerSaTUaN DAN kElab...


Persatuan Bahasa Malaysia

  • Puan Jalilah Bt Shaik Abdullah
  • Cik Fuziah Bt Yusuf 
  • Puan Nor Hafiza Bt Mohd Noor

Persatuan Bahasa Inggeris

  • En. Mohd Razif Hafiz Bin Taslim 

  • En. Mohd Nur Azri Bin Kamarudin

  • Puan Zahariah Binti Mohd Zain 

Persatuan Sains & Robotik

  • Cik Nurun Najah Binti Elias

  • Puan Suzarina Binti Suhod

  • Puan Siti Norlida Binti Zulkifli 

  • Cik Nurul Hidayah Binti Abdul Razak 

Persatuan PPU

  • Puan Maizatul Aniza Binti Abd Mulok 

  • Puan Sakinah Binti Ahmad

Persatuan Pendidikan Islam 

  • En. Lutfhie Bin Matt Yusoff

  • Puan Amalina Binti Mohd Yusoff

  • Puan Wan Noriza Binti Wan Othman 

Persatuan Bahasa Arab 

  • Puan Nurul Ayuni Binti Ahmad 

  • Puan Norhayati Binti Azman 

Persatuan ERT 

  • Puan Nurol Fadhillah Binti Ishak

  • Puan Che Siti Binti Timbang

  • Puan Che Faridah Binti Maina 

Kelab Rukunegara 

  • Puan Siti Noor Hasikin Binti Amir Hamzah 

Kelab Tahsin 

  • Puan Semek @ Zulaikha Binti Jusuh 

  • Puan Mardhiah Binti Hamzah 

Kelab Astronomi 

  • Puan Faridah Binti Rahmat 

  • En. Faisol Bin Ibrahim

Kelab Pengguna 

  • Puan Zaidah Binti Aluwi 

  • Puan Siti Fatimah Binti Mohd Zaid 

Kelab Pencegahan Jenayah 

  • Puan Rosmaizar Binti Mokhtar 

  • Puan Rafidah Binti Ramli 


arigato sbb cuci mata sila like@ komentar antum/antunna

hari khatam alquran & salam ary raya...

15...agustus...2012
bersamaan 26 RAMADHAN...

first skali...
km semua kn buat exam dulu..
kecuali form 1 ngan 5 kot...
dh abes exam...majlis khatam al quran pon d jlnkan...
pastu, pasthree..kami salam2 ngan cikgu..
mlm selasa tu ada majlis salam2 gak kat hostel..
yg hostel salam2 ngan kwn2..ngan junior and senior..kat sek ngan cikgu2

<salam lebaran>
arigato sbb cuci mata sila like@ komentar antum/antunna

tazkirah

Sebuah Kisah Yang Mungkin Akan Membangkitkan Semangat Jihad Fisabilillah Yg Telah Lama DiTinggalkan Umat Islam Selepas Kewafatan Baginda SAW 14++ Lepas....Renungkanlah Selepas Membaca Kisah Dibawah...Sesungguhnya Janji ALLAH SWT Itu Pasti....

Kisah Pemuda dan BIDADARI SYURGA~ 
‘Ainul Mardhiah’ merupakan seorang bidadari yang paling cantik di kalangan bidadari-bidadari yang lain. Suatu pagi (dalam bulan Ramadhan) ketika Rasulullah SAW memberi targhib (berita-berita semangat di kalangan para Sahabat untuk berjihad pada agama Allah) Baginda berkata: ” Sesiapa yang keluar di jalan Allah, kemudian tiba-tiba dia syahid, maka dia akan dianugerahkan seorang bidadari yang paling cantik di kalangan bidadari-bidadari Syurga.

Mendengar berita itu salah seorang Sahabat yang usianya sangat muda teringin sangat nak tahu bagaimana cantiknya bidadari tersebut, tetapi beliau malu hendak bertanya kepada Nabi kerana kehadiran para sahabat-sahabat yang lain. Namun beliau tetap menyerahkan namanya sebagai salah seorang yang akan keluar berjihad. Sebelum Zohor Sunnah Nabi akan tidur sebentar (disebut juga sebagail Qailullah) maka sahabat yang muda tadi juga turut tidur bersama jemaah tadi.
Dalam tidur tersebut Sahabat yang muda tadi bermimpi berada di satu tempat yang sungguh indah, dia bertemu dengan seorang lelaki yang berpakaian yang bersih lagi cantik dan muka yang berseri-seri lalu dia bertanya, “Di manakah saya berada sekarang?” Lalu lelaki itu menjawab, ” inilah Syurga.”

Pemuda tadi menyatakan hasratnya untuk berjumpa dengan ‘Ainul Mardhiah, lalu dia ditunjukkan untuk menuju ke suatu arah. Beliau pun berjalan hingga bertemu dengan suatu pohon dan beliau mendapati kehadiran seorang wanita yang amat cantik, belum pernah dia melihat kecantikan sebegitu di dunia ini.

Dia memberi ucapan salam kepada wanita tadi dan bertanya,” Adakah saudari Ainul Mardhiah?

Wanita itu menjawab, ” ehh tidak, saya adalah khadamnya, Ainul Mardhiah sedang berada di dalam singgahsana sana”.

Lalu dia berjalan lagi dan memasuki satu mahligai yang cukup indah, di sana dia mendapati ada seorang lagi wanita yang kecantikannya berganda-ganda dari yang pertama tadi sedang mengelap permata-mata perhiasan di dalam mahligai.

Pemuda itu memberi salam, kemudian bertanya, “Adakah saudari ini Ainul Mardiah?”

Wanita itu menjawab, ” Maaf, saya bukan Ainul Mardhiah, saya hanya khadamnya di dalam mahligai ini. Ainul Mardiah ada di atas mahligai sana.”
Pemuda itu terus menaiki anak-anak tangga mahligai permata itu, kecantikkannya amat mengkagumkan. Akhirnya dia sampai ke satu mahligai dan dia bertemu seorang wanita yang berganda-ganda cantik dari yang pertama dan berganda-ganda cantiknya dari yang kedua, kecantikan yang tak pernah dilihatnya di dunia ini. Wanita itu berkata, ” Sayalah Ainul Mardhiah, saya diciptakan untuk saudara dan saudara diciptakan untuk saya. Bila pemuda itu mendekatinya wanita itu menjawab, ” Eh, tunggu dulu, saudara belum syahid lagi!”.

Pemuda itu tersentak dan terus terjaga dari tidurnya. Kemudian dia menceritakan segala-galanya kepada seorang sahabat lain, namun begitu dia berpesan agar tidak menceritakan mimpinya ini kepada Nabi SAW. Andainya dia syahid barulah boleh diceritakan kepada Nabi SAW.

Petang itu pemuda itu ikut serta keluar berperang bersama Rasulullah SAW dan pasukan tentera Islam, ditakdirkan pemuda itu syahid. Setelah hampir waktu berbuka puasa semua jemaah pulang ke masjid, mereka bersama-sama menunggu makanan untuk berbuka. Maka kawan sahabat yang syahid tadi telah bangun dan merapati Nabi SAW dan menceritakan perihal sahabat Nabi yang syahid tadi. Rasulullah SAW mengucapkan benar…benar…benar… dalam sepanjang cerita tersebut.

Akhirnya Rasululah SAW berkata ” Memang benar cerita sahabat kamu tadi dan sekarang ini dia sedang menunggu untuk berbuka puasa di Syurga….

سبحان الله وبحمده، سبحان الله العظيم

سبحان الله والحمدلله ولا إله إلا الله والله أكبر

Sollu Ala Nabiy ﷺ !!!
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ عَبْدِكَ وَرَسُولِكَ النَّبِيِ الأُمِّيِّ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَسلِّمْ

♥ ♥ ♥
arigato sbb cuci mata sila like@ komentar antum/antunna

VISIMISLO...

VISI SEKOLAH
SMKA (P) ALMASHOOR menjadi sekolah yang gemilang di Pulau Pinang menjelang tahun 2015.

MISI SEKOLAH
Memberi pendidikan berkualiti kepada pelajar-pelajar SMKA(P) AlMashoor berteraskan pengurusan yang telus demi melahirkan insan gemilang dalam akademik, sahsiah dan ko-kurikulum dengan komitmen komuniti bagi memenuhi aspirasi negara.
MOTO
Beriman, Berilmu & Beramal
SLOGAN
Ke arah kecemerlangan ilmu dan kesempurnaan akhlak


arigato sbb cuci mata sila like@ komentar antum/antunna

assalamualaikum..

nanti pd hari rabu ( 1/8/12) asrama akan menjadi tuan rumah utk jamuan berbuka posa..


arigato sbb cuci mata sila like@ komentar antum/antunna

TANDA KECIL KIAMAT



1.BNYK BERLAKU PERTUMPAHAN DARAH & JUGA PERGADUHAN.
2.ANAK MENDERHAKO PD IBU BAPAK
3.BNYK BERLAKU GEMPA & BENCANO
4.MANUSIO BERLUMBA MEMBINA BANGUNAN YG LBIH TINGGI


arigato sbb cuci mata sila like@ komentar antum/antunna

asramaku syurgaku

PETA LOKASI
1. NAMA SEKOLAH : SEK.MEN.KEB.AGAMA(P) ALMASHOOR,P.PINANG 2. ALAMAT : MEDAN LIM CHENG TEIK 10250 PULAU PINANG 3. KOD SEKOLAH : PRA 1002 4. LOKASI : BANDAR 5. DAERAH : DAERAH TIMUR LAUT 6. PPD : PPD PULAU (TIMUR LAUT) 7. TELEFON : 04-2274363 (SEKOLAH) 04-2268663 (ASRAMA) 8. FAX : 04-2274363 (SEKOLAH) 9. E-MAIL : 10. JENIS ASRAMA : ASRAMA HARIAN 11. PKAH : 3 (CEMERLANG) 12. KAPASITI ASRAMA (L/P) : 210 PEREMPUAN
13. KEMUDAHAN ASRAMA : a) Blok Asrama : 2 b) Bilik Asrama : 18 c) Bilik PREP : 4 d) Bilik Rawatan : 1 e) Bilik Rehat : 1 f) Pejabat Penyelia : 1 g) Surau : 2 h) Bilik Stor : 13 i) Tandas : 36 j) Bilik Mandi : 34 k) Bilik Basuhan : 1 l) Tandas Septik : 3 m) Fire Hose rill : 16 n) Rumah Warden : 3 o) Dewan Makan : 1 14. Anugerah Asrama : Asrama Lima Mutiara (Tahun 2002,2003,2004 &2005)
15. LATAR BELAKANG ASRAMA:
i. Sejarah Pembukaan Asrama Asrama Puteri SMKA(P) AlMashoor pada asalnya terletak di Jalan Lunas iaitu blok yang bersambung dengan sekolah sejak tahun 1979. Pada tahun 1987 bilangan pelajar bertambah dan sebahagian pelajar terpaksa ditempatkan di bangunan sekolah Dato Kramat yang telah diubahsuai menjadi asrama dan dapat menempatkan 110 orang pelajar dan menyewa bangunan di Jalan Scott dan Jalan Rose. Pada tahun 1994 satu blok tambahan berhampiran bangunan tersebut telah dibina untuk menempatkan 56 orang pelajar. Pada tahun 1996 bangunan yang menempatkan 110 orang pelajar telah dirobohkan untuk dibina bangunan baru. Pada bulan Mei tahun 1999 bangunan baru tersebut telah mula diduduki dan dapat menempatkan seramai 154 orang pelajar. Semua pelajar asrama di Jalan Lunas dipindahkan ke blok baru tersebut. Kesimpulannya asrama Puteri SMKA(P)Almashoor sekarang hanya menpunyai dua blok asrama yang boleh memuatkan 210 orang pelajar
16.Keistimewaan Asrama :
Asrama terletak jauh dari kawasan sekolah lebih kurang 2 kilometer. Para pelajar terpaksa berulangalik menaiki bas ke sekolah dan kegiatan kokorikulum yang diadakan di sekolah. Asrama tidak mempunyai sebarang padang dan kawasan untuk menjalankan aktiviti sukan dan riadah. Asrama mempuyai aktiviti dan program tersendiri untuk membimbing pelajar ke arah cemerlang akademik dan syahsiah. Antaranya Tuisyen oleh guru berpengalaman, Motivasi, Majlis kerohanian seperti Qiamullail, kelas Kemahiran Fardu Ain dan Al-Quran dan sebagainya.


arigato sbb cuci mata sila like@ komentar antum/antunna

cikguku yg sporting

SENARAI DAN WAJAH GURU-GURU SMKA(P) ALMASHOOR TERKINI
Dari Kiri bawah 1 .Che Faridah Maina(Guru Kanan Teknik dan Vokasional ) 2 . Norenjah bt Abdul Rahman ( Guru Kanan Matematil ) 3. Mazanah bt. Yusoff ( Guru Kanan Bahasa )4 .Khairana bt. Zain (PK Pentadbiran ) 5. Solehah b Awang (Pengetua) 6.Che Maznah bt. Jaafar( PK HEM )7 . Rosmaizar bt Mokhtar ( Ketua Panitia Sains )8. Zainab bt. Ibrahim ( Penyelaras PSS ) 9. Nor Aeida Ab. Wahid ( Ketua Panitia B. Arab 10. Adnan bin Yaakob (Guru Kanan Kemanusiaan ) 10 .Sakinah Ahmad 11 . Faridah Rahmat 12 .Nor Azah Bidi 13. Siti Nazura Bt Dzulkefli 14 .Norshila Binti Mhd. Shano 15 .Zulaikha Jusof 16 .Ahmad Faisol Ibrahim ( Ketua Panitia PJK ) 17. Chong Chin Foong 18 . Ayob bin Hanapi ( Ketua Panitia Pen.Islam ) 19. Hasrul Hashim 20 . Mustaza b. Abdullah 21. Muhammad Baharom Hj Sidek(Ketua Panitia Matematik) 21.Zainuryati Zakaria 22.Norhayati bt. Azman 23.NorSyapinah Bt Ahmad 24. Nor Harlina Abd Jalil 25 . Zaharah Tarim 26 .Derani Tan Bung Tan( Ketua Panitia Sejarah) 27 . Abirami Maniam 28. Chng Paik Suan 29 . Rosmalina Bt Wan Ibrahim 30. (Guru Kaunselor) 31 . Norhani Othman 32. Nik Rafik Sani Nik Abd Rahman 33.Mohd Ridhwan B. Muhamad Sharif 34. Amalina Yusoff 35. Zaidah Aluwi 36. Nor Hafiza Yusoff 37 . Nor Hashimah Syafie 38 . Nurolfadhilah Bt Ishak 39. Maizatul Aniza bt. Abd Mulok 40 . Nor Aeda 41. Zahariah 42 .Fuziah Bt. Yusuf 43 .Jalilah Bt. Shaik Abdullah 44 . Rashilah Ab. Rashid 45. Paramesvari Krishnan 46. Kamini Sukumaran 47. Abirami A/P Maniam
BARISAN STAFF SOKONGAN
Dari kiri 1.Che Gayah Binti Salim 2. Rasidah Bee Binti Koya 2. 3. Ku Mazwin Binti Ku Aman 4.Azuwan Binti Ismail 5. Suzila Binti Saad 6.Siti Zaliha Binti Mohamad 7.Rukumany Devi A/P Kanagasabai 8. Jamnah Bee Binti Ismail 9. Raimah Bee Hyder 10. Siti Molek bt. Zaini 11. Shaharoni ( Pemandu ) 12. Roshan Ashaari 13.Karuppiah A/L V. Ganapathy .
BIODATA DAN WAWASAN PUAN SOLEHAH AWANG ( TUAN PENGETUA)
Puan Solehah Awang dilahirkan pada 2 September 1957 di Kg. Kubang Julai, Tokai, Kedah. Mendapat pendidikan awal di SK Sungai Rambai kemudian ke Sek.Men.Agama Simpang Empat dan Maktab Mahmud. Pada tahun 1977, beliau melanjutkan pengajian di UKM dalam bidang Syariah Islamiah. Suaminya merupakan pengetua SMKA Nibong Tebal. Beliau mempunyai 4 cahaya mata.
Beliau memulakan khimat sebagai guru di SMK Panglima Bukit Gantang (1981-1985) kemudian SMK Ibrahim (1986-1998) kemudian SMK Dato Bijaya, Sg.Petani (1999-2000) kemudian di SMK Kg. Nangka, Sarawak ( 2000-2001) kemudian SMK Tunku Abd.Rahman (2001-2002), SMK Cik Alwi (2002-2004) kemudian di SMK Syekh Barakbah (2005-2007), Jawi, P.Pinang sebagai PK Pentadbiran dan seterusnya menjawat pengetua di SMKA(P) AlMashoor pada Ogos tahun 2007.
Persepsi awal tentang sekolah ini ianya ialah sebuah sekolah yang berjenama, mempunyai pelajar dan guru yang cemerlang serta mampu untuk mencapai kecemerlangan semua bidang. Persepsi beliau yang terkini ialah masih lagi sama seperti persepsi awal beliau terutamanya dari segi ciri-ciri dan budaya yang terdapat di sini.
Wawasan dan sasaran beliau ialah untuk meletakkan nama sekolah di dalam kelompok sepuluh yang teratas di dalam negara. Untuk menjalankan sasaran ini,beliau ingin memantapkan pembelajaran pelajar dengan mengadakan 'head count' iaitu mengenalpasti pelajar yang lemah dan membantu mereka mencapai sasaran di dalam PMR, SPM dan STPM. Pelajar yang berpotensi akan dibimbing oleh guru-guru yang lain. Selain itu juga, beliau juga ingin mewujudkan sistem jaringan maklumat yang lebih efektif.
Beliau berharap agar sekolah ini dapat mengekalkan identiti tersendiri, menjadi model kepada sekolah yang lain dan dikenali di peringkat kebangsaan mahupun antarabangsa.

arigato sbb cuci mata sila like@ komentar antum/antunna

FIZIKAL SMKA(P) ALMASHOOR
Perkara
Unit
  Lokasi
Medan Lim Cheng Teik 10250 Jalan Burmah Pulau Pinang .
  Luas
  0.75 hektar
Bilangan kelas
20
Bil. Pelajar:
550 (Mei 2006)
Bil Staff (Guru)
46 orang
Bil. Staff sokongan
13 orang
Bil. Blok Bangunan
3 blok
Bil. Bilik Darjah
20 buah
Bil Bengkel KH
2 bilik
Bil. Makmal Sains
4 bilik
Perpustakaan
1 bilik
Unit Media
1 unit
Makmal ICT
2 bilik
Bilik Literasi
1 bilik
Bilik Unit Peperiksaan
1 buah
Bilik Buku Teks
1 buah
Kantin
1 buah
Dewan
1 buah
Surau
1 buah
Gelanggang
1 buah
Koperasi
1 unit
Asrama
2 blok
VISI
SMKA(P) AlMashoor menjadi sekolah gemilang di Pulau Pinang menjelang tahun 2010.
MISI    
Memberi pendidikan berkualiti kepada pelajar-pelajar SMKA(P) AlMashoor berteraskan pengurusan yang telus demi melahirkan insan gemilang dalam akademik, sahsiah dan ko-kurikulum dengan komitmen komuniti bagi memenuhi aspirasi negara.
MOTO    
Beriman, Berilmu & Beramal
SLOGAN
Ke arah kecemerlangan ilmu dan kesempurnaan akhlak
PIAGAM PELANGGAN  
Kami warga Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (P) AlMshoor akan memberikan perkhidmatan dan pendidikan yang cemerlang dalam merealisasikan falsafah pendidikan yang selaras dengan hasrat untuk melahirkan insan yang beriman, berilmu dan beramal berteraskan al-quran dan al-sunnah dengan mengamalkan budaya kerja seperti berikut :  
•  Amanah dan cekap dalam melaksanakan segala tugas yang dipertanggungjawabkan. •  Lancar dan rasional dalam mengambil sebarang tindakan. •  Mesra, prihatin dan sentiasa menunjukan sikap kasih sayang dalam perlakuan. •  Akhlak yang mulia dan budi perkerti yang luhur. •  Sedia menerima perubahan untuk kemajuan sekolah. •  Hubungan yang baik sesama insan melalui kepimpinan yang dinamik dan dedikasi. •  Optimistik dalam menghasilkan pelajar yang berpotensi melanjutkan pelajaran. •  Orentasi ke arah pemupukan dan perkembangan bakat demi mencapai kejayaan dalam bidang kokurikulum. •  Rela berbakti untuk melahirkan anak didik yang berjasa pada agama, bangsa dan negara.
 
PANORAMA RINGKAS SMKA(P) ALMASHOOR

arigato sbb cuci mata sila like@ komentar antum/antunna

LENCANA SEKOLAH
Lencana sekolah menitikberatkan tema “Beriman Dan Berilmu”. Simbol-simbol yang terkandung dalam lencana ini adalah berdasarkan tema ini. 1. Simbol buku : mempunyai isi pengetahuan yang diperlukan untuk mencapai kejayaan. Jika kita berusaha belajar, kita akan memperolehi kejayaan. 2. Simbol obor : cahaya yang menggambarkan masa depan yang cerah. Juga menunjukkan kegigihan pelajar menghadapi cabaran. 3. Pohon padi : semakin besar, semakin berisi dan berguna Yakni semakin banyak pengetahuan yang diperolehi, semakin cerah masa depan. Kejayaan masa depan kita semua adalah seperti proses pertumbuhan padi yang bermula dengan proses menyemai benih padi hinggalah kepada proses menghasilkan beras. Bermakna kita mesti tekun menghadapi rintangan dengan hati yang tabah jika kita ingin mencapai kejayaan. 4. Bulan sabit & bintang : lambang agama Islam 5. 1916 : tahun sekolah ini mula ditubuhkan sebagai sekolah agama. 6. Warna : Kuning – Warna DiRaja; lambang kemuliaan Merah – bersemangat waja Putih – motif niat yang suci Hijau – warna keislaman.

arigato sbb cuci mata sila like@ komentar antum/antunna

i'm the map

PENGENALAN SMKA(P) ALMASHOOR
PETA LOKASI
SMKA(P) AlMashoor terletak di Medan Lim Cheng Theik, berhampiran JalanBurma, George town, di dalam daerah Timur laut Pulau Pinang, Malaysia.

arigato sbb cuci mata sila like@ komentar antum/antunna

bomba's team

                                                   
KADET BOMBA THE GREAT
                                            jom tengok yang ni:-


lagu KADET BOMBA:

arigato sbb cuci mata sila like@ komentar antum/antunna

ini lah kisah............

NAMA DIBERI SAOUD KHAIRAH,
SAOUD KHAIRAH INGIN BERTANYA,
JIKA ADA SILAP DAN SALAH,
MOHON AMPUN MEREKA DI SANA.

ORANG YANG KEDUA,
HUDA NAMANYA,
HUDA FAMOUS DENGAN LAGU BINNABIL HUDA,
YANG DINYANYIKAN OLEH UNIC SAHAJA.




arigato sbb cuci mata sila like@ komentar antum/antunna

moden mashoor zaman sekarang


Right Arrow: next
SEJARAH SMKA (P) ALMASHOOR
Sekolah Menengah Agama (P) Al Mashoor mula diasaskan atas kesedaran segolongan bangsa Arab di Pulau Pinang yang bimbang akan anak-anak yang kurang mendapat didikan agama. Pada tahun 1916 bersamaan tahun 1335H, suatu mesyuarat telah diadakan khusus mengenai penubuhan sebuah sekolah agama. Dengan usaha gigih dan semangat kerjasama semua pihak maka tertubuhlah sebuah sekolah agama yang dikenali dengan nama Madrasah Al-Quran di Lebuh Acheen (Masjid Melayu Pulau Pinang) dengan guru pertamanya Al-Syed Abdul Rahman Alhabshee dan guru besar pertamanya Al-Syed Al-Shaikh Al-Hadi. Madrasah ini terus mendapat sokongan yang menggalakkan dan pada tahun 1918 telah berpindah ke kawasan yang lebih besar di Kampung Jawa Lama, dengan nama Madrasah Al Mashoor Al-Islamiah sempena nama Tuan HAbib Al Mashoor, seorang penghulu yang terkenal di Pulau Pinang pada masa itu.
Pada tahun 1920, Madrasah ini telah berpindah ke Lebuh Tek Soon di mana tapak sekolah adalah kepunyaan tuan Haji Bachik. Pada masa ini perkembangan sekolah berlaku dengan pesat sekali dan yuran sebanyak RM2 dikenakan kepada setiap pelajar. Semasa pemerintahan Jepun, Madrasah Al Mashoor telah ditutup selama 3 tahun 8 bulan dan dibuka kembali pada tahun 1945 setelah setelah British kembali ke Tanah Melayu. Usaha-usaha berterusan dijalankan untuk mendirikan bangunan baru bagi sekolah dan asrama untuk pelajar lelaki dan perempuan. Pada tahun 1957, sempena kunjungan YTM Tunku Abdul Rahman ke Madrasah Al Mashoor, beliau telah berjanji akan mendirikan bangunan baru bagi kedua-dua buah sekolah .
Sebuah jawatankuasa binaan telah ditubuhkan dan mereka telah bekerja keras untuk penubuhan sekolah baru. Waris-waris Almarhum Tuan K.M.S Sultan Alaudin mewakafkan sekeping tanah dan rumah di Jalan Lunas bagi tapak sekolah perempuan. Pada tahun 1979 Kementerian Pelajaran telah mengambil alih Madrasah Al Mashoor lelaki dan perempuan dan telah mendirikan sebuah bangunan baru di Jalan Air Itam untuk pelajar lelaki. Selepas tiga tahun kerajaan mengambil alih SMKA (P) Al Mashoor, ada cadangan untuk membina bangunan baru bagi menggantikan bangunan lama yang telah uzur dan tidak dapat menampung bilangan pelajar yang semakin bertambah. Sementara menanti bangunan baru siap, pelajar-pelajar telah menumpang di SMKA (L) Al Mashoor dari tahun 1982 hingga tahun 1984. Pada bulan Oktober 1984 para pelajar perempuan mula berpindah ke bangunan baru dan tersergamlah bangunan Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (Perempuan) Al Mashoor di Medan Lim Cheng Teik, Pulau Pinang.


arigato sbb cuci mata sila like@ komentar antum/antunna